Rabu, 9 Mac 2011

Amal Islami....

Assalamualaikum w.b.t. Rajin pulak ana nak buat entri kali ni...yelah..dah lama tak ada entri baru..tiba2 banyak idea pulak...kali ni ana nak cerita pasal amal islami kat sekolah ana..Hangat betul..Lebih hangat dari tahun lepas..setiap pelajar nak menampilkan yang terbaik untuk firqah masing2...termasuklah ana jugak...lagi2 tahun ni ana dilantik jadi naib pengerusi firqah(rumah sukan) ana yakni firqah KHALID AL-WALID!!!...

Bukan senang nak pegang jawatan ni..dengan kerenah anak buah yang pelbagai...fuuhhh..pening kepala  dibuatnya..lagi2 form 1 yang baru nak kenal apa tu amal islami..penat nak pujuk diorang masuk pertandingan sebab diorang pun tak ada pengalaman lagi...jadi masing2 tak nak masuk...takut katanya..haish...macam2..

Tapi Alhamdulillah...sambutan daripada anak buah ana tak kurang hebatnya..nasib baik pengerusi ada jugak tolong2...kalau tak, tak taulah...cuma ana kesal sikit sebab ana tak mampu untuk laksanakan tugas ana dengan sehabis baik..yelah..orang baru lagi pegang jawatan berat2 ni...Firqah ana no. LAST...arghh...sedihnya...malu ana...tapi takpelah..ana tak nak salahkan sesiapa...lagipun tahun ni sengit sikit sebab ditambah dengan pertandingan yang melibatkan bahasa arab...tu yang payahtu...nak cari teks bukan main payah..lagi2 tahun ni semua teks2 cari SENDIRI...penat sangat2...bukan apa...anak buah semua minta teks kat ana...nasib baik ada certain tu cari sendiri tapi majoriti minta ana carikan...aduhhh...punyalah banyak...

Penat jugak ana mencari kat internet..ana tak mampu nak buat sendiri..nasib baik s/u ada tolong...tapi s/u biro musolla pulak...asyik sibuk dengan musollalah...ana tak nak kacau so kadang2 terpaksa ana cari sendiri...hari sekolah ana asyik merayau cari ustaz/ustazah nak minta tolong...fuhh...nasib baik ustaz ada tolong sikit2...

Ni paling best...klimaks pertandingan amal islami...NASYID!!! Pertandingan yang paling ana peningkan...nasyid firqah kami(banatlah) percussion memang problem....bila ana ingat2 balik...kelakarlah...yelah...mana taknya...ana jumpa ustaz asyik mengadu pasal percussion je...ustaz pun asyik tergelak je dengar...nasyid dah ok..percussion pulak problem...haish...firqah lain dah ok dah...firqah ana je...terpaksa jugaklah minta tolong banin...lagu arab pun ketua nasyid banin yang recommendkan...huhuhu...

Namun, dengan segala usaha kami berlatih...Alhamdulillah...kami JUARA NASYID....yeah...tahun ni firqah ana conquer nasyid....kami juara nasyid banin dan banat....jangan marah firqah lain....hehe...tapi nasyid je...ada lah jugak kami dapat juara tapi keseluruhannya kami tempat ke-4...TERAKHIR...huhuhu...

Ana berazam untuk juara sukan ni...Insya-Allah...dan tahun depan Insya-Allah ana akan berusaha supaya firqah ana dapat juara amal islami dan sukan....INSYA-ALLAH.....semangat berkobar2 ni....

Minta maaflah entri ana kali ni lebih kepada kehidupan ana di sekolah bukannya tentang dakwah atau pun perkara2 berfaedah...tapi ana ingin mengaitkan dengan firman Allah tentang bersukan:-

 Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yg menceroboh) segala jenis kekuatan yg dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yg lengkap sedia, (dengan persediaan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yg lain dari mereka yg kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahui dan apa sahaja yg kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.'

So, takpelah kan kalau kita nak lasak2(bersukan)...tak salah pun...ada kaitan pulak dengan entri ana sebelum ni....cuma berpada2lah...UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!!! Wassalam.....

Selasa, 8 Mac 2011

Nikmat Allah...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua...dah lama ana tak tulis entri baru. Kali ni teringin pulak ana ulas bab kesihatan yang Allah bagi kat kiter selama kita hidup ni.. Bukannya apa,ramai orang yang tak menyedari nikmat ini dan tidak menjaganya dengan baik termasuklah ana...(menyesal ni..)

Sabda Nabi s.a.w :
Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(Hadis Riwayat Bukhari )

Ana ada ramai kenalan2 ana yang sihat, bila dah sakit, tak boleh buat apa2, baru nak menyesali kesihatan yang pernah diberi suatu ketika dulu..Samalah macam ana pun..dulu sihat tak nak jaga elok2..sekarang dah sakit2,baru nak menyesal..sakit apa tak bolehlah ana nak cakap...Tapi kita kena sedar, ada satu kelebihan yang Allah bagi pada orang yang sakit ni yakni :-

           "Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Walaubagaimanapun, jangan pulak kita seronok apabila ditimpa sakit kerana penghapusan dosa tu. Mungkin kerana dosa kita banyak sangat ke..mana kita taw kan..Kita sedih,menangis,menyesal,merintih tapi kita lupa sakit ni Allah bagi kat kita untuk kita mengenang balik dosa2 yang lampau dan bertaubat..Syukur jugaklah kepada Allah sebab penyakit tu, dosa kita adalah jugak berkurang sedikit demi sedikit(kalau kita redha),tapi kalau kita tak redha,bukan berkurang dosanya tu..bertambah lagi adalah..

So, bagi yang sihat lagi tu, jaga kesihatan elok2..jangan sampai Allah tarik pulak nikmat sihat tu nanti..susah..macam ana ni..Allah dah tarik sikit dah nikmat sihat tu..Ana dah tak boleh nak buat apa dah..Kalau dulu bolehlah ana lasak2,sekarang dah tak boleh dah...pergerakan ana pun terbatas..mungkin sebab ana perempuan kot..jadi Allah tarik sikit nikmat lasak2 tu,yelah,perempuan mana boleh lasak2...Ada jugak hikmah Allah tarik nikmat lasak2 tu..Allah takkan buat sesuatu tu saja2..mesti ada sebab yang kukuh..
ALLAH MAHA ADIL DAN BIJAKSANA....segala yang Allah rancang mana ada yang sia2...semua nya berasbab..

Hikmah Sakit
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.
Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.
Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.
Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.
Selain itu, saya juga belajar tentang erti persahabatan. Kerana sahabat yang baik tidak akan bersama kita pada waktu senang sahaja. Saya cukup terjaga. Thanks to my dear Ibu! I love you all! Thanks for other’s support! (^_^)

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.
Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.
Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.
Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.
Dalam hadis ada diterangkan,
Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).
Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.
Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.
Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

Insya-Allah lepas ni ana berazam nak jaga kesihatan elok2..tak nak dah sakit2..tak seronok..tak boleh pergi sekolah,tertinggal pelajaran,tertinggal Al-Quran...haish,bilalah nak khatam ni??? Ana target nak khatam tahun ni tapi...banyak pulak dugaan..tapi takpelah..doa banyak2,usaha banyak2,Insya-Allah Allah tolong..betul tak??Lagipun Allah kan ada berfirman dalam Al-Quran:-

"Dan tidak Kami ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepada-Ku" 
                                  (Surah Az-Zariyat)

Kesimpulannya sekarang,kita sebagai hamba Allah kenalah teruskan hidup ni,berbadah kepada-Nya tapi jangan lupa yang sampingan2 tu...jangan pulak beribadah memanjang tapi tak berbakti kepada diri,agama,bangsa dan negara...cewah..ana dah meleret2 pulak..tapi betul ni..ana nak nasihatkan...jaga kesihatan betul2..nikmat paling besar tu...kalau tak sihat, macam mana nak belajar,makan,beribadah???macam2 lagilah benda tak boleh nak buat kalau tak sihat...ana yakin,kalau antum semua fikir2kan akibatnya kalau tak jaga kesihatan, antum semua pun akan jaga kesihatan elok2 sebabnya...payah kalau tak sihat kan?? So,renung2kanlah dan selamat beramal...Wassalam....