Khamis, 3 Januari 2013

Kita Semua Adalah Istimewa.....

Bismillah...

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu....biar sehebat mana kita membenci diri sendiri,,jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dulu kelahiran kita pernah disambut dengan penuh tawa,,riang gembira oleh ibu dan ayah....

Biarpun satu dunia membenci,,ingatlah bahawa kita tetap istimewa....oleh sebab itulah Allah membenarkan kita hidup bernyawa....

Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak berasa lemah,,itulah dia....
"WE ARE SPECIAL!!"

Kita ada akal....jika tidak,,mustahillah kita dapat membaca entri ini....akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga....ia membezakan antara manusia dengan haiwan,,juga tumbuh-tumbuhan....

Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah...dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya....seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai....
"Aku bodoh,,mereka pandai....aku lemah tak punya apa-apa...mereka hebat..."

Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah....Maka,,menyedari bahawa anda semua adalah istimewa adalah jalan menuju syukur....

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tin:4)

Keangkuhan kita,,keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah,,iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya....

Firman Allah:
"Kemudian(jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan eklengkapan itu),,Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.(At-Tin:5)

Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa,,kita akan lebih bersyukur....kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah....

Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah....kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia.....bahkan,,itulah yang dikehendaki Allah.......

Kesimpulannya,,ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa kita adalah istimewa......

Rabu, 26 Disember 2012

Buat Kesekian Kalinya......

Bismillah.....Assalamualaikum.....

Buat kesekian kalinya,,hari ni air mata ana menitis lagi.....mengenangkan diri ana yang berubah sekelip mata....ana tak pernah mengharap diri ana jadi macam ni....

Selama 5 tahun ana dididik untuk sentiasa jaga penampilan diri....berjubah/baju kurung....bertudung labuh....sentiasa berpakaian sopan......menjaga aurat dengan sempurna....

Zaman sekarang cukup berlainan dengan zaman ana dulu....walaupun ana baru merasa hidup selama 17 tahun,,tapi proses membesar ana dan adik2 ana sangat berlainan....dari kecil ana diajar memakai jubah,,bertudung labuh.....dari 5 tahun sampai ana 7 tahun....ana hidup dalam suasana Al-Qur'an.....mengaji sepenuh masa...masuk pertandingan tahfiz seawal usia 7 tahun....tiada akademik....tiada pnp....

Kemudian ana teruskan pembelajaran di sekolah kebangsaan....apabila kerajaan mewajibkan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah kebangsaan untuk belajar akademik.....sejak itu baru ana rasa macam mana belajar akademik....

Tapi selepas ana masuk sekolah kebangsaan,,ana dimaklumkan yang guru tasmi' ana perlu menyambung pelajaran semula ke mesir....setelah itu,,ana tidak lagi mengaji...tiada lagi tudung labuh,,tiada lagi jubah.....berjeans,,bert-shirt.....khulasahnya,,,memang ruggedlah....

Bermula usia 13 tahun,,ana deberi peluang sekali lagi untuk melanjutkan hafazan Al-Qur'an di sebuah maahad.....perjalanan ana sebagai seorang pelajar tahfiz kembali seperti sediakala.......

Tapi ana akui bukan mudah....daripada berjeans dan bert-shirt....nak berhijrah semula kepada istiqamah tudung labuh dan berjubah sepenuh masa.....lebih2 lagi zaman sekarang macam2 jenis fesyen tudung dan baju mula hangat di pasaran.....

Namun ana cuba jugak untuk kekalkan imej sebegini.....bertudung labuh,,,berjubah.....

Sehinggalah saat ini...hari ini......ana keluar dari maahad itu......ana masuk ke dalam alam baru....fashionista......bermacam jenis fesyen tudung terbaru....blaus terbaru....semuanya barulah.....norma jiwa wanita....ingin bergaya,,nampak anggun sentiasa.....ana juga pastinya tak ketinggalan.....

Tapi ana tahankan jugak....cukuplah sekadar ana lihat adik2 ana berfesyen sebegitu....

Lama kelamaan,,pakaian ana sendiri sudah berubah rupa.....masih bertudung labuh,,namun bukan lagi tudung bulat.....tapi bertudung bidang.....jubah kemas tersimpan dalam almari....hanya blaus labuh dan seluar yang dipakai......Alhamdulillah...stokin dan stongan masih mampu dikekalkan.....namun ana dapat merasakan ada yang tak kena dengan 'fesyen' ana ni....

Suatu malam,,ana bersms dengan best friend ana berkenaan pakaian ana sekarang.....apabila ana ceritakan busana ana keluar yang cukup berbeza dengan ana di skeolah,,,sungguh dia terkejut.....dan ana dapat rasakan dia agak terkilan bila dapat tahu ana dah pun berubah......

Selepas sahaja ana bagitahu dia,,ana sendiri rasa malu yang amat sangat....sehinggakan air mata ana menitis kerana terlalu malu.....lebih2 lagi apabila dia sampaikan pesan....

"Jaga diri baik2 dekat u nanti...banyak dugaannya....jangan sampai terpengaruh....ana harap ana jumpa anti nanti anti masih lagi macam ni....."

Maksud daripada kata2 nya cukup mendalam bagi diri ana.....sungguh ana sangat2 bersyukur.....masih ada rakan baik ana yang sudi menegur kesilapan ana.....satu pesanannya yang menambahkan kederasan air mata ana apabila dia katakan...

"Kalau ana jumpa anti lagi dalam keadaan pakai purdah ke....jubah dan tudung labuh...ana akan terus sujud syukur kalau ana nampak....dan ana suka..."

Hari ini....ana berazam pada diri ana sendiri.....ana akan jaga penampilan ana ke mana pun ana pergi....sebagai muslimah sejati....idaman Ilahi......terima kasih sahabatku....nasihat darimu akanku semat dalam jiwaku sampai bila2.....

JUBAH,,,BAJU KURUNG,,TUDUNG LABUH......itulah diriku.....

Selasa, 25 Disember 2012

Mungkin Ini Takdirku....

Bismillah....Assalamualaikum.....

Salam Perpisahan Buat Rakan-Rakanku.....

Hari ni genaplah 3 hari perpisahan aku dengan kawan-kawan yang sangat aku sayangi dan sangat aku rindui....mungkin baru 3 hari,,tapi sungguh...terasa seperti sudah lama kita semua tidak bersua muka apatah lagi ketawa riang bersama....

Hari terakhir kita berkumpul bersama,,masih aku ingat....jam 8 malam 22 Disember 2012....

Pertukaran hadiah antara kita semua...saat itu air mata aku sahaja yang menitis...mengenangkan hari esok....mungkin itulah hari terakhir kita semua akan berjumpa....ajal maut di tangan Tuhan...hanya Dia yang tahu segalanya....ada orang kata " takpelah,,bukan tak boleh jumpa lagi lepas ni..." itu orang kata....takdir Allah?? siapalah yang tahu....

Duhai rakan-rakanku....

Ketahuilah....sungguh aku rindukan gelak tawa kita bersama.....tangis sedu-sedan kita....keserasian kita,,ukhuwwah kita,,dan yang paling penting,....semangat kita untuk mencipta sejarah bersama.....

Biar pun penuh dengan halangan,,cabaran dan dugaan.....kita sentiasa membantu antara satu sama lain....

Ingatlah rakan-rakanku akan ikrar kita.....

Dalam segala kelemahan, kami akan tetap gagah

Dalam segala tangis, kami akan tersenyum megah

Dalam segala kesulitan, kami akan tetap tabah


Kerana kami lahir untuk mencipta sejarah!!!




Ahad, 23 Disember 2012

My New Life....

Bismillah.....
Untuk kesekian kalinya....ana lupa tentang kewujudan blog ni....sehinggalah 'best friend' ana yang ingatkan ana untuk update semula entri yang habuknya dah pun setebal berpuluh-puluh dan mungkin dah beratus-ratus inci.....

Sepanjang tahun ini,,ana betul-betul sibuk.....SPM,,Qur'an,,dan macam-macamlah....sampaikan ana lupa terus nak buat entri baru.....

Ok...ana start eh....

Baru harini dan saat ni ana rasa apa itu kehidupan sebenar.....sungguh rumit,,,sungguh sulit....selama ni kehidupan ana dikawal oleh family,,cikgu dan kawan2....every second decision yang ana kena buat...ana akan minta pendapat mereka....dan tak tertinggal jugak yang tolong buatkan keputusan untuk ana....jarang sekali ana dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri ana sendiri....

Tapi,,dah habis SPM ni....banyak keputusan dan perkara2 yang ana tak boleh runding dengan sesiapa kecuali dengan otak ana sendiri.....ke mana ana nak pergi lepas ni,,nak buat apa,,apa target yang ana nak capai.....n macam2lah....

Actually ana ada try jugak tanya kawan2 cara nak decide mana satu keputusan yang terbaik......so,,mana nak pilih????

1.UNITEN starting 4 februari.....tahfiz mechanical engineering....untuk 5 tahun....
2.Yayasan Sofa Seremban.....kursus pendek sebelum SPM.....untuk 4 bulan....
3.GENQS....program SEKOLAH......course pendek jugak...ngulang Qur'an n ada program something.....

So,,agak2 nak pilih mana???

Hmm....confuse2!!!! Apa2 pun,,doakanlah ana dapat buat keputusan yang terbaik.....at least sebelum result keluar ni,,ana tak buang masa macam tu je....Ameennnn......

Khamis, 16 Ogos 2012

Gagal memahami erti ‘Zina Hati’....

 Copy Paste From http://syahirul.com/gagal-memahami-erti-zina-hati/......

“Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.

“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan”

Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja. Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak port kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah.

Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “Eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”. Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati.


MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Rasulullah s.a.w:
(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya. Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).
Dan dalam riwayat Imam Muslim:
Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya.
Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.
Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi  mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya?

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235:

))عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً((

Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman: “Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik”.

Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238).
Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata: “Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia”.

Justeru apa yang dapat difahami daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut.

Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin.

Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

Maksudnya: “Dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya”. Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith: “Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina”.

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:

“فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم” أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)

Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI

“Melihat perempuan itu haram”

“Mendengar suara perempuan itu haram”

“Mengingati bayangan perempuan itu haram”

“Semua itu adalah zina”

Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu? Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.

Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?

Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI?

Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa:

“فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم” أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060)
Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).
Kata Ibnu Abbas pula:

“مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)”. رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801).
“Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi s.a.w (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801).
Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub)

Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 :

((وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ …))
Maksudnya: “Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya…”
Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam:

أَنَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101).
Maksudnya: “Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat “Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati” [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini?” Sabda Nabi: “Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku”.  Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101).
Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan.

APA HUKUM BERCINTA?

Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi  حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci.  Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: “يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)”. أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah s.a.w: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.  Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).
Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).
Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:

1. Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2. Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3. Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).
Maksudnya: Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: “Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki”. Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu.  Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).
Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف
أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158).ـ
Maksudnya: “Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih”. Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).
CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN

1. “Astaghfirullahalazim!  Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram  sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa.”

Komen saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2. Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.

Komen saya: Masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu,  menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagha dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3. Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dengan konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kita tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yang berdosa atau pun keduanya?

Komen saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Hehe… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak… hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.

Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati.

4. Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati?

Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin.”

Komen saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah?

5. Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala’zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagha. Lupa mengingati Allah.

Komen saya: Dosa besar? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus.

Soal lagha dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat.

Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: “Apa maksudmu?” Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: “Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa-masanya”. Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937)

6. Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati.

Komen saya: Pulak dah, ada beza pula ya antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak.

7. Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.

Komen saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, pak guard sekolah anda, perdana menteri negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum ya.

8. Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung?

Menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”.

Komen saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat.
Dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41:

((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً))
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak”.
9. Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat?

Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kahwin”.

Komen saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati.

Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain.

10. Bagi saya memang zina hati susah untuk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?
Komen saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa pun nak dilabelkan sebagai zina, maka anda tersasar jauh.

Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah.

Sudahlah gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.

11. Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan.

Komen saya: Fahaman yang juga tersasar.

12. Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke?

Komen saya: Lihat bagaimana kegagalan memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul.

13. Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody’s perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah.

Komen saya: Gagal dalam memahami zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan.

14. Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita.

Komen saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati.

15. Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dengan si dia, tak keluar makan-makan,  tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dengan mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yang cukup komited dengan dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan “Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadith la kat dia. Saling nasihat menasihati”. Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak?

Komen saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah atau lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”.  Percintaan pra-matang remaja baru nak up.

Sabda Nabi s.a.w: “Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya”. Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).

16. Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati.

Komen saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha…
Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!!

17. Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama.

Komen saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal.

18. Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Komen saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain?

Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan  membaiki dosa tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.

((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: “Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya”.
Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.

Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.

19. Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana.

Komen saya: Ke’tidak cerdikan’ yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda.

Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik?

MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA

Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki.

Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya.

Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka.

Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan.

Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama.

Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain.

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.
Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.

Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan)

Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya.

Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”. Hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya.

Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama.
Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik.

Sabtu, 16 Jun 2012

Aku Diuji Lagi.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum w.b.t...

Gaya mcm surat x?? hehe....Surat menyatakan betapa bersyukurnya ana hari ini saat ana diuji sekali lagi dengan sakit yang ana sendiri tak tau apa penyakitnya...ana ingat tahun lepas dah habis dah penderitaan ana dengan penyakit ni...rupa-rupanya ada lagi kesinambungan penyakit ni....

Sekarang ni sepatutnya ana berada di asrama,,sedang melakukan rutin biasa...sama ada tengah basuh baju,,tengah study tak pun borak2 dengan kawan2....tapi hari ni ana di rumah,,depan laptop,,sedang taip entri baru untuk hari ni...kenapa ana berada di rumah??

Kerana sakit yang menghantui ana beberapa hari ni yang menyebabkan ana terpaksa berehat sekejap di rumah...tak tahan...baru cuti seminggu,,time ana balik asrama hari ahad hari tu,,malam tu terus diserang sakit yang berlarutan selama 3 hari...menyebabkan ana membuat keputusan untuk balik rumah....lagipun,,kesian kawan2 kat sekolah kena layan ana yang asyik sakit je ni...UJIAN DARI ALLAH!!!

Setiap manusia ada ujian masing-masing...macam ana,,ana rasa ujian ana...sakit nilah...dari kecil sampai besar,,sentiasa ada penyakit yang datang menyerang...namun di saat inilah,,ana harus,,patut dan WAJIB rasa bersyukur....Alhamdulillah....aku dikurniakan sakit ini...sebagai kaffarah dosaku yang terlalu banyak...

Ayah ana selalu pesan,,kalau Sabila diuji dengan sakit yang perit macam mana pun,,sentiasa ucapkan Alhamdulillah....jangan pernah mengeluh..jangan pernah sedih...jangan pernah merungut....ini adalah satu ujian yang Allah bagi kat Sabila jadikan Sabila ornag yang beriman....kalau Sabila sabar dan kuat,,InsyaAllah Sabila akan diberi ganjaran iman...

Samalah kita semua pun....apa saja ujian dari Allah yang kita dapat,,terima dengan sepenuh hati tanpa ada rungutan,,keluhan...apatah lagi nak menyalahkan takdir....walaupun ana sebenarnya macam tu jugak kadang-kadang....so,,sama-samalah kita koreksi diri....adakah kita bersabar tatkala diuji??? mungkin anda semua ada ujian yang lebih berat dari ana...tapi,,bersyukurlah...ujian yang lebih berat bermakna....iman yang lebih kuat....

Jadi,,marilah kita sama-sama berjuang...hadapi ujian yang diberi dengan tabah....dan kejarlah iman yang lebih teguh....agar kita semua menjadi mukmin sejati...Insya-Allah....




Isnin, 4 Jun 2012

Cinta????Kasih???Sayang???

Assalamualaikum wbt...tiba-tiba je hari ni ana nak coretkan soal hati remaja zaman kini...chewahh...hehe...



Apa itu cinta??kasih??sayang??

Perlu ke benda tu??

Best ke?? Macam mane rasanya??

Is it the true love??

Persoalan2 yang sering bermain di minda remaja yang belum pernah merasa apa itu cinta....hangat jugak soal cinta sekarang ni...tu yang asyik keluar paper..."Lagi Kes Buang Bayi"....dah bosan dah baca benda yang sama je...inilah akibatnya terjebak dengan cinta yang dusta....kalau nak cari cinta,,carilah Yang Maha Esa...cintaNya sentiasa ada...

Percayalah,,diri kita takkan pernah dikecewakan...ana pun bukanlah baik sangat nak celoteh soal cinta ni banyak sangat...ana pun bukannya faham sangat pun soal cinta ni...tapi ana tahu ianya sesuatu yang sangat indah dan manis jika digunakan dengan sebaiknya...

Contohnya cinta kepada ibu bapa,,kawan-kawan,,guru-guru etc....kalau cinta kepada ehem2 tu..tak payah cakaplah...ha...tu lagi satu persoalan...boleh ke??

Hemm....pendapat ana eh...suka seseorang tu satu perasaan yang Allah bagi...nak tolak tak boleh..ana faham...memang susah...tapi...kawallah diri...jangan sampai berlebihan...kalau dah berlebihan,,tu yang sampai buang bayi....dah jadi macam tu,,baru nak menyesal...lambatlah pulak....dah tergadai maruah...sayanggg....

Dalam batasan kali ini, menurut ana cinta itu boleh dibahagikan dalam tiga warna.

Pertama: cinta sebagai anugerah dari Allah,
Kedua : dia adalah ujian dari Allah,
dan ketiga adalah nafsu yang mengatasnamakan dirinya cinta.

Yang pertama, cinta sebagai anugerah dari Allah adalah cinta yang dikurniakan Allah kepada mereka yang menikah kerana Allah. Mereka adalah orang-orang yang berusaha sekuat tenaga menjaga hati dan dirinya dalam masa penantian hingga dipertemukan dengan jodohnya dan disatukan dalam ikatan pernikahan yang sah oleh Allah.  
Witing trisno jalaran saking kulino, peribahasa Jawa yang bererti cinta tumbuh karena bersama. Kira-kira seperti itulah Allah menganugerahkan cinta itu.

Yang kedua, cinta sebagai ujian. Cinta itu fitrah manusia, terkadang jatuh sebelum waktunya. Jadilah dia sebagai ujian. Boleh jadi, melalui ujian cinta ini Allah mempertemukan hamba dengan pasangannya. Contohnya saidatina Khadijah yang cinta pada akhlaq Rasulullah. Dengan profesional beliau mengusahakan cintanya hingga akhirnya beliau halal untuk Rasulullah. Atau seperti Fatimah dan Ali. Sebelum menikah, Fatimah diuji cinta oleh Allah. Tapi Fatimah boleh melalui ujian itu dengan sempurna, hingga syaitan pun tak tahu.
Kalau dianalogikan dengan masa sekarang, boleh jadi (dan sepertinya selalu, sangat selalu, dan paling selalu) seorang perempuan atau lelaki yang dalam masa penantian telah mencintai seseorang sebelum halal untuknya.

Dan yang ketiga, nafsu yang mengatasnamakan cinta. Boleh jadi awalnya cinta datang sebagai ujian, tapi lama-lama ternyata nafsu yang mengatasnamakan cinta. Masa penantian adalah masa yang sakit. Saling memberi perhatian lebih, saling panggil sayang, papa-mama, etc. Pergi berduaan, dan lain-lain. Padahal kan belum tentu berjodoh. Hujung-hujungnya sakit hati. Mengutip analogi Ustadz Salim A. Fillah dalam bukunya ‘Nikmatnya Pacaran setelah Pernikahan’, ibarat sup yang isinya dimakan dulu. Yang akhirnya sup jadi tidak sesedap kalau isinya masih banyak. Seperti itu, kalau pun akhirnya berjodoh, akan mengurangkan barakahnya.
Menutup entri ini, saya mengutip lagi quote seorang trainer, “bercinta lalu menikah itu biasa. Tapi menikah lalu mencintai, itu baru luar biasa!” Jadi, nak pilih yang mana?

Mengejar Ilusi Dalam Realiti....Selamat Beramal...!!!


Sabtu, 28 April 2012

Bila Lagi Ingin Ke Sana???

Bismillah.....kaabah...!! Ya Allah...betapa aku ingin menjejakkan kaki ke tanah suciMu....hmmm...baru-baru ni kawan-kawan ana dapat menjejakkan kaki ke sana...'lambaian kaabah'....mereka yang pergi adalah 25 pelajar yang khatam awal...ana lambat sikit je...ana pelajar yang ke-27....sayang tak?? hehe...memang sayang...(menyesal ni..)

Sebenarnya ana pernah pergi ke Mekah masa darjah 6....tapi..yelah...budak2 lagi,,masih tak mengerti apa-apa...pergi pun main2 je....sekarang ni ana ada peluang pergi tapi...mungkin Allah masih tak mengizinkan lagi...doakanlah ana dan kawan-kawan ana yang teringin sangat nak pergi tu dapatlah pergi lepas ni....

Masa pihak sekolah dah kecoh-kecoh pasal umrah ni...mak ana ada offer suruh ana pergi...tapi bayar sendirilah...sebab yang dapat pergi ni ditaja sepenuhnya....tapi entah kenapa ana kata.."takpelah ibu,,tak nak"....huh...bila ana ingat balik peristiwa ana tolak pelawaan mak ana tu...sayu,,pilu,,,menyesal sangat2...!!

Tapi mungkin itu adalah salah satu tanda-tanda yang menunjukkan belum masanya lagi ana sampai ke sana...mungkin ada satu masa yang Allah nak bagi kat ana untuk pergi ke Baitulharam....mungkin satu hari nanti...pergi dengan suami ke...hehe...(menggatal...!)

Tapi,,mulai sekarang,,ana memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran di sana...Universiti Ummul Qura'....khas untuk wanita sahaja!! Tapi ada jugak kemusykilan di situ,,sebab ramai kawan-kawan ana kata..kalau nak sambung study kat sana,,kena kahwin dulu...betul ke?? Tak awal sangat ke kahwinnya kalau macam tu..?? Umur 18 tahun dah kahwin?? Fuhh...awal sangatlah!! Janganlah macam tu pulak....doakanlah tak macam tu eh...susah nanti...

Oklah....apa-apa pun..ana yakin semua orang yang belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci pastinya sudah lama memasang impian dan cita-cita untuk ke sana....samalah kita.....kita doa sama-sama supaya dapat pergi ok?? sampai di sini dulu kalam dari ana....Wassalam....

Jumaat, 16 Mac 2012

Pengkhabaran Baru....

Bismillah....dah 3 bulan rupanya ana tak update blog ni....berhabuk dah...fuh2....bersihkan sikit...tahun ni ana akan menghadapi saat paling mendebarkan dalam hidup pelajar Malaysia khususnya....SPM!!

Ramai orang kata SPM ni menakutkan,,susah,,mendebarkan,,menyeramkan dan macam2 lagilah...ana pun tak tau nak cakap apa....mungkin betul apa yang mereka katakan tu...mungkin hanya kata2 yang menakutkan kita semata-mata...semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menilainya....

Alhamdulillah...tahun ni ana berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Qur'an setelah sekian lama diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan...berkat sokongan dan dorongan ibu,ayah,guru tasmi' saya, Ustazah Norlizah,tak dilupa guru-guru yang lain,kawan-kawan yang saya sayangi dan semestinya kuasa Allah Yang Maha Esa....pada tanggal 14 FEBRUARI 2012.....lebih kurang jam 8.20 pagi ana berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Qur'an...Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah s.w.t...

Namun,,bermulanya tarikh 15 Februari,,ana dihujani soalan,,bagaimana nak memantapkan hafalan dalam masa yang sama fokus untuk SPM yang akan datang ni....satu ujian yang berat sebenarnya untuk diri ana....

Tapi,ana yakin Allah tidak akan menguji hamba-Nya andai dia tidak mampu dan tiada sesiapa yang boleh merubah diri ana melainkan diri ana sendiri....ana mesti pandai membahagikan masa ana dengan sebaiknya kalau ana inginkan yang terbaik untuk diri ana sama juga seperti pelajar-pelajar yang lain....

5 November 2012....Insya-Allah SPM bermula.....ana kena bersiap sedia daripada sekarang untuk menghadapi tarikh yang mendebarkan ini....doakanlah ana sentiasa berada di landasan yang benar juga mampu menyusun jadual ana dengan baik....supaya ana dapat melaksanakan tanggungjawab ana sebagai seorang pelajar mithali dan khalifah Allah yang menjaga kitab sucinya di muka bumi....

Ya Allah...bantulah hamba-Mu ini....bawalah hamba-Mu yang lemah ini untuk sentiasa berada di landasanMu yang benar....bantulah hambaMu menuntut ilmu sekaligus menjaga kitab suciMu dalam ingatan hamba yang lemah ini....amiinnn...Ya Rabbal Alamin.....

Sabtu, 31 Disember 2011

Besarnya erti PERJUANGAN.....

Assalamualaikum w.b.t..Mungkin inilah entri terakhir ana untuk tahun 2011 ni..

Kali ini ana ingin mengupas tentang besarnya erti sebuah perjuangan...Sebagai seorang pelajar  yang telah pun rasminya belajar selama 4 tahun di sekolah menengah,ana telah pelajari banyak perkara yang mematangkan diri ana sebenarnya..Apa itu kegagalan,,apa itu kejayaan,,apa itu semangat,,apa itu tanggungjawab???Semuanya ana pelajari dalam suasana pembelajaran di sekolah...

Insan-insan yang selalu bersama dengan ana ketika suka mahupun duka semestinya ibu bapa,,guru-guru,,dan paling penting,,rakan-rakan...Pernah dengar ini?? Kalau nak tahu bagaimana sikap seseorang itu....lihatlah daripada rakannya...Ana rasa ana mengerti perkara itu pada hari ini...Merekalah yang selalu bersama dengan kita,,merekalah yang tahu diri kita sepenuhnya....kenakalan kita,,habit kita,,paling tidak pun,,sikap kita yang sebenar-benarnya....dah terhadam dalam diri rakan-rakan kita...

Sebagai seorang pelajar yang menghafal Al-Quran,,suka untuk ana mengupas PERJUANGAN ana menghafal Al-Q uran bersama ahli kelas tasmi' ana yang sentiasa membantu ana walaupun ana hampir kecundang...di saat ana rasa tiada harapan lagi untuk ana teruskan perjuangan ini,,merekalah yang membantu ana untuk bangkit semula dan meneruskan titik peluh yang selama ini kami usahakan bersama-sama....

Mungkin apa yang ana katakan ini nampak remeh..namun tugas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang penghafaz Al-Quran bukan satu tugas yang mudah...jika tiada sokongan dan dorongan juga semangat yang berkobar-kobar,,tidak mungkin ana mampu untuk sampai ke tahap sekarang ini...Terima Kasih Sahabat-Sahabatku!!

Apa yang terjadi kepada diri ana sekalipun,,ana tak akan melupakan sedikit pun daripada sokongan semua rakan ana,,hari ini ana mampu untuk menjadi seorang yang lebih matang dari semalam apabila ana mengharungi pahit manis perjunangan ini bersama kalian....Semoga Allah membalas semua jasa kalian.....Amiiiiiinnnnn Ya Rabbal Alamin.....

Isnin, 19 Disember 2011

Maaf,,Aku Tak Boleh....

Hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi . Banyak perbezaan dengan alam persekolahan dahulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk. Seketika selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.

"Assalamualaikum Firza, awak perasan tak ada poster tampal kat depan blok kita?"

"Waalaikumsalam. Lah, Ain masuklah.Poster tentang apa?" Ain masuk dan terus merebahkan punggungnya ke katil seraya berkata:

"Alah, tentang hari Majlis Tinta Kasih Kolej hujung minggu depan. Ada nak pakai orang untuk jadi team teater untuk persembahan majlis tu nanti. Jom kita masuk Firza! Awkkan pandai berlakon, saya nak jadi belakang-belakang tabir je."

"Bolehlah. Lama dah tak join teater ni. Set!"

"Cantik! Nanti saya hantar nama kita pada ajk eh." Jawab Ain dengan penuh semangat.
Riak kegembiraan bersinar di wajah Ain membuatkan aku turut menempiaskan senyuman.

"Eh, jangan lupa hantar nama Lisya dengan Zulfa sekali. Diorang mesti nak join."

" Jangan risau la Firza, diorang dah cakap awal-awal nak join team teater tu. Baiklah saya balik dulu. Ha, sebelum saya terlupa, tadi kak Iffah mesej, dia kata antara Maghrib dengan Isyak ni ada usrah kat surau, jangan lupa turun."

"Insya-Allah saya turun. Terima kasih Ain."

Aku merebahkan diri ke katil. Tidak lama selepas itu minda aku menerawang dan ingatanku terbang pada peristiwa yang berlaku dua minggu selepas aku bergelar seorang mahasiswi jurusan senibina. Jurusan yang agak "hardcore" kata orang membuatkan aku rasa "lost" seminggu belajar di situ.

Mata pelajarannya juga susah. Mungkin aku belum biasa dengan keadaan pembelajaran di universiti yang agak berbeza dari sekolah. Aku sering memerapkan diri di dalam bilik. Ain yang merupakan kawan sekolah aku juga mengambil jurusan dan universiti yang sama denganku turut perasan perubahan yang berlaku pada diriku.

"Firza kenapa saya tengok awak asyik diam je?"

"Tak tahulah Ain, kenapa saya rasa lost dan tak tenteram je ni. Saya rasa macam tak boleh "carry on" lah dengan jurusan senibina ni."

"Sabarlah Firza, baru seminggu kita belajar. Lama-lama nanti biasa la tu. Jangan ikutkan sangat perasan awak tu. Awak boleh."

"Tapi.. ermm, entahlah tak tahu nak cakap. Jiwa kacau je ni, rasa kosong."

"Apa kata Maghrib ni kita pergi surau. Saya dengar ada pengisian agama malam ni kat surau. Mana tau awak lebih tenang dan tenteram lepas tu."

"Jomlah. Gila juga asyik terperap dalam bilik ni je."

"Tau pun awak." kata Ain sambil tersenyum.

Malam itu aku ke surau bersama Ain, pengisian malam itu sangat-sangat menenangkan jiwa dan membuat hati aku lebih tenang. Kekacauan dan kekosongan jiwa terisi dengan ubat rohani.

Teringat antara isi pengisian tersebut, orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah S.W.T dan hidupnya sentiasa dinaungi para Malaikat.
Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Selepas dari pengisian tersebut aku menanamkan tekad dalam hati untuk sering berkunjung ke majlis ilmu. Semangatku seperti ditiup kembali dan dicas dengan sentimen-sentimen positif. Niat aku untuk menukar jurusan sebelum ini juga mati begitu sahaja.

Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang berlaku. Malam itu aku merawat rohani dengan membaca al-Quran terjemahan yang baru aku beli dua hari yang lalu. Itulah al-Quran yang pertama aku beli dengan duit poket aku sendiri. Aku meneliti setiap terjemahan surah al-Baqarah.

Tibanya di ayat yang ke-216, Titisan-titisan jernih mengalir membasahi pipiku.

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(2 : 216)

Allahlah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hamba-Nya dan Dia jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Sedang kita?

Asyik merungut dengan kesusahan sedikit yang kita hadapi. Ayat ni menyedarkan aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Ramai lagi orang di luar sana yang berkeinginan untuk memasuki Universiti tetapi mengalami kekangan wang dan sebagainya.

Sedangkan aku?

Mengeluh saja padahal perjuangan baru bermula.

Peristiwa itulah yang menjadi "turning point" dalam hidupku dan sejak dari itu aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu di kampus seperti ceramah, usrah dan halaqah.

Disitu jugalah aku dan rakan-rakan menemui kak Iffah yang merupakan naqibah dan menyertai kumpulan usrah yang dikendali olehnya. Hampir setiap minggu kami akan berusrah dan membincangkan sesuatu tajuk .

Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diriku sikit demi sedikit dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan hidayah Allah yang sangat berharga ini. Aku lebih tenang sekarang.

Krinnnnggg...Krinnnggggg !!

Deringan telefon bimbit yang agak kuat mematikan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan nama "Ain " tertera di skrin telefonku. Aku menekan punat "answer".

"Assalamualaikum Firza, jom pergi makan. Kawan yang lain dah tunggu di kafe."

"Waalaikumsalam. Baik, lima minit lagi saya turun."

Aku mematikan telefon lalu bingkas bangun dari katil menuju ke tandas dan bersiap turun.
Malam itu setelah usai berusrah bersama kak Iffah, aku kembali ke bilik. Aku mengambil telefon bimbit yang sengaja aku tinggalkan. Di skrin telefon bimbitku terpamer satu pesanan ringkas:

"(Salam Tinta Kasih) Tahniah! Anda dipilih untuk menyertai team teater kami. Sila sahkan penyertaan dengan datang ke mesyuarat pada pukul sepuluh malam ini. Sekian . S/u"

Lebih kurang satu jam lagi mesyuarat tersebut akan bermula. Aku duduk di meja belajar dan membuat sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah siang tadi. Beginilah rutin harian aku di dunia kampus. Sisa-sisa masa yang ada, aku gunakan untuk menyiapkan tugasan-tugasan dan mengulangkaji pelajaran.

Jam di meja belajarku lagi lima minit akan mengarah ke angka sepuluh. Lantas aku bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bilik mesyuarat kolej.

Seminggu berlalu bergitu sahaja. Hampir seminggu aku dan rakan-rakan banyak menghabiskan masa dengan latihan teater. Setiap malam kami ada perjumpaan dan latihan. Hubungan kami dan ahli kumpulan teater tersebut saban hari menjadi semakin rapat.
Kebanyakan lelaki yang terlibat dalam teater tersebut berpewatakan agak lembut dan mereka lebih selesa bergaul dengan perempuan berbanding lelaki . Mungkin disebabkan itu, aku dan rakan-rakan jadi rapat dengan mereka berbanding dengan lelaki lain.

Sejak dari persembahan teater tersebut, kami sering mengulangkaji pelajaran, makan dan ke kelas bersama-sama. Kami sudah seperti sahabat yang sangat karib. Ke mana sahaja bersama-sama dan "outing" juga bersama-sama. Jika salah satu dari kami dikacau atau diganggu , kami semua akan pertahankan. Aku sangat sayang pada persahabatan ini, jika satu hari tidak bergurau senda dengan mereka terasa hari itu seperti tidak lengkap.

Di suatu petang, Zaid salah seorang dari mereka menelefon aku,

"Assalamualaikum, korang free tak petang ni? Jom kita lawan tenis. Hafith dengan Mirza pun ajak sekali ni."

"Waalaikumsalam. Boleh lah. Kitorang pun tengah borak-borak je ni. Bosan juga. Baik pukul berapa?"

"Lepas Asar terus tunggu kat gelanggang ye."

" Ok. Kalau group korang kalah kena belanja kitorang makan malam ni. Amacam?"

"Boleh! Tak ada hal lah."

Selepas saja waktu Asar , kami terus bersiap-siap dengan track bottom dan berkasut sukan terus bergegas ke gelanggang. Aku juga sudah tidak sabar hendak berentap dengan Zaid dan yang lain.

"Korang 'warm up' dulu tau, pastikan kita menang dengan mamat-mamat tu."

"Jangan risau Firza, mesti kita menang lagi kali ni. Diorang bukan pandai pun main tenis ni. Gaya je lebih." Zulfa menjawab dengan selamba.

"Pandai-pandai je awak Zulfa. Kita tengok je macam mana nanti." Jawab ku sambil tergelak kecil.

Perlawanan sengit berlaku antara kami berlapan dan kemenangan berpihak pada kumpulan aku , Zulfa, ain dan Lisya. Aku memandang sinis penuh makna pada kumpulan yang kalah dan bersuara

"Zaid !!! Malam nanti jangan buat-buat lupa pula." Sambil aku tersenyum sinis dan berlalu pulang bersama rakan-rakan yang lain.

Muka Zaid agak bengang kerana sudah tiga kali kalah dalam perlawanan tenis, tetapi dia tetap mengukir senyuman apabila aku menyindirnya .

Makan malam pada malam itu ditaja oleh Zaid dan rakan-rakannya. Kami bergelak gembira malam itu. Sambil sindir menyindir tentang perlawanan petang tadi. Riuh rendah kafe tersebut dengan suara kami berlapan.

Pelajar-pelajar lain yang sedang menikmati juadah makan malam di sekeliling meja kami juga kadang kala mencuri pandang kearah meja kami. Mungkin kami mengganggu ketenangan mereka untuk makan.

"Eh sekarang dah pukul 9.50 lah."Tiba-tiba Lisya bersuara sambil matanya memandang kearah jam tangan Casionya.

"Kenapa kalau dah pukul 9.50 Lisya?" Aku bertanya penuh hairan.

"Eh Firza, awak tak ingat ke? Kan malam ni kita ada usrah pukul sepuluh. Hah, lupa la tu."

"A'ah lah.Tu lah gelak sakan sampai terlupa. Jom lah kita pergi. Lagi 10 minit je. Zaid, kami gerak dulu ye. Ada hal"

Kami berempat bingkas bangun dan meninggalkan meja yang masih riuh rendah dengan suara "Zaid and the geng".

Malam itu, mata aku susah untuk dilelapkan. Fikiranku berlegar-legar memikirkan perbincangan kami semasa usrah tadi. Tajuknya "Batas Pergaulan".

"Kak Iffah, kalau lelaki tu lembut dan dia banyak berkawan dengan perempuan macam mana? Tak boleh ke kita berkawan rapat?" Aku bertanya dengan penuh tanda tanya.

"Walau dari perwatakan atau lahiriahnya ada sedikit "keperempuanan" tetapi batinnya tetap lelaki dik. Tetap bernafsu pada kaum wanita. Takkan lah nanti dia akan berkahwin dengan lelaki pula. Hukumnya tetap sama seperti lelaki ajnabi yang lain." Jelas kak Iffah ringkas tetapi aku dapat memahaminya.

Aku tidak boleh terus begini. Mungkin selepas ini aku dan rakan-rakan perlu jarakkan hubungan persahabatan dengan Zaid dan rakan-rakannya. Betul kata Kak Iffah, walau apa alasannya, mereka tetap lelaki. Mereka tetap ada perasaan terhadap wanita. Aku terasa malu dengan diri sendiri dan Allah S.W.T. Mungkin hubungan rapat kami berlapan boleh menimbulkan fitnah oleh orang sekeliling kami terutamanya rakan-rakan sekelas.

Esoknya aku berbincang dengan semua rakan-rakanku, Ain, Lisya dan Zulfa. Mereka pun berperasaan seperti aku juga. Serba salah menyelubungi diri kami berempat . Tiap-tiap minggu kami mengikuti usrah tetapi di luar kami tetap bergaul mesra dengan lelaki ajnabi.
Kami sangat menyesal atas apa yang berlaku. Rupa-rupanya banyak mulut yang sudah mengatakan perihal kami berlapan.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin."

Malam itu adalah kertas peperiksaan terakhir kami pada semester pertama ini. Alhamdulillah, Aku dapat menjawab dengan tenang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan keluar dari dewan, kami terserempak dengan Zaid dan rakan-rakan. Sudah kebiasaannya mereka akan menunggu aku dan rakan-rakan selepas habis kelas.

"Firza, kenapa laju sangat nak balik. Jom lah "open table" (pergi makan) malam ni. Dah habis exam kan."

"MAAF ZAID, AKU TAK BOLEH." Aku menjawab dengan nada perlahan dan aku rasa sudah cukup membuatkan Zaid faham.

Sedih meruntun hati aku dikala itu. Sudah satu semester kami sering bersama dan bergelak ketawa. Pelbagai masalah kami kongsi bersama. Segala kenangan bersama terimbas di layar minda ku tika itu, datang silih berganti. Tetapi aku perlu kuat dan tabah.

Sekarang, aku perlu relai semua ini untuk menjaga ikhtilat sesama mukmin. Aku dan rakan-rakan juga perlu sedar yang kami sudah ditarbiah. Sampai sahaja di bilik, aku menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Taubat.

Aku meminta ampun kepada Allah S.W.T atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku memohon agar Allah memberi aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk terus istiqamah menjaga diri dari lelaki yang bukan mahram kami. Moga Allah perkenankan doa kami. Amin.

Glosari

1) Lelaki Ajnabi=Lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).