Sabtu, 31 Disember 2011

Besarnya erti PERJUANGAN.....

Assalamualaikum w.b.t..Mungkin inilah entri terakhir ana untuk tahun 2011 ni..

Kali ini ana ingin mengupas tentang besarnya erti sebuah perjuangan...Sebagai seorang pelajar  yang telah pun rasminya belajar selama 4 tahun di sekolah menengah,ana telah pelajari banyak perkara yang mematangkan diri ana sebenarnya..Apa itu kegagalan,,apa itu kejayaan,,apa itu semangat,,apa itu tanggungjawab???Semuanya ana pelajari dalam suasana pembelajaran di sekolah...

Insan-insan yang selalu bersama dengan ana ketika suka mahupun duka semestinya ibu bapa,,guru-guru,,dan paling penting,,rakan-rakan...Pernah dengar ini?? Kalau nak tahu bagaimana sikap seseorang itu....lihatlah daripada rakannya...Ana rasa ana mengerti perkara itu pada hari ini...Merekalah yang selalu bersama dengan kita,,merekalah yang tahu diri kita sepenuhnya....kenakalan kita,,habit kita,,paling tidak pun,,sikap kita yang sebenar-benarnya....dah terhadam dalam diri rakan-rakan kita...

Sebagai seorang pelajar yang menghafal Al-Quran,,suka untuk ana mengupas PERJUANGAN ana menghafal Al-Q uran bersama ahli kelas tasmi' ana yang sentiasa membantu ana walaupun ana hampir kecundang...di saat ana rasa tiada harapan lagi untuk ana teruskan perjuangan ini,,merekalah yang membantu ana untuk bangkit semula dan meneruskan titik peluh yang selama ini kami usahakan bersama-sama....

Mungkin apa yang ana katakan ini nampak remeh..namun tugas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang penghafaz Al-Quran bukan satu tugas yang mudah...jika tiada sokongan dan dorongan juga semangat yang berkobar-kobar,,tidak mungkin ana mampu untuk sampai ke tahap sekarang ini...Terima Kasih Sahabat-Sahabatku!!

Apa yang terjadi kepada diri ana sekalipun,,ana tak akan melupakan sedikit pun daripada sokongan semua rakan ana,,hari ini ana mampu untuk menjadi seorang yang lebih matang dari semalam apabila ana mengharungi pahit manis perjunangan ini bersama kalian....Semoga Allah membalas semua jasa kalian.....Amiiiiiinnnnn Ya Rabbal Alamin.....

Isnin, 19 Disember 2011

Maaf,,Aku Tak Boleh....

Hampir sebulan aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi . Banyak perbezaan dengan alam persekolahan dahulu. Sedang aku sibuk mengemas nota dan buku-buku yang bersepah di atas meja, tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik aku diketuk. Seketika selepas itu, kelihatan sebatang tubuh sudah berdiri sambil tangannya masih ditombol pintu.

"Assalamualaikum Firza, awak perasan tak ada poster tampal kat depan blok kita?"

"Waalaikumsalam. Lah, Ain masuklah.Poster tentang apa?" Ain masuk dan terus merebahkan punggungnya ke katil seraya berkata:

"Alah, tentang hari Majlis Tinta Kasih Kolej hujung minggu depan. Ada nak pakai orang untuk jadi team teater untuk persembahan majlis tu nanti. Jom kita masuk Firza! Awkkan pandai berlakon, saya nak jadi belakang-belakang tabir je."

"Bolehlah. Lama dah tak join teater ni. Set!"

"Cantik! Nanti saya hantar nama kita pada ajk eh." Jawab Ain dengan penuh semangat.
Riak kegembiraan bersinar di wajah Ain membuatkan aku turut menempiaskan senyuman.

"Eh, jangan lupa hantar nama Lisya dengan Zulfa sekali. Diorang mesti nak join."

" Jangan risau la Firza, diorang dah cakap awal-awal nak join team teater tu. Baiklah saya balik dulu. Ha, sebelum saya terlupa, tadi kak Iffah mesej, dia kata antara Maghrib dengan Isyak ni ada usrah kat surau, jangan lupa turun."

"Insya-Allah saya turun. Terima kasih Ain."

Aku merebahkan diri ke katil. Tidak lama selepas itu minda aku menerawang dan ingatanku terbang pada peristiwa yang berlaku dua minggu selepas aku bergelar seorang mahasiswi jurusan senibina. Jurusan yang agak "hardcore" kata orang membuatkan aku rasa "lost" seminggu belajar di situ.

Mata pelajarannya juga susah. Mungkin aku belum biasa dengan keadaan pembelajaran di universiti yang agak berbeza dari sekolah. Aku sering memerapkan diri di dalam bilik. Ain yang merupakan kawan sekolah aku juga mengambil jurusan dan universiti yang sama denganku turut perasan perubahan yang berlaku pada diriku.

"Firza kenapa saya tengok awak asyik diam je?"

"Tak tahulah Ain, kenapa saya rasa lost dan tak tenteram je ni. Saya rasa macam tak boleh "carry on" lah dengan jurusan senibina ni."

"Sabarlah Firza, baru seminggu kita belajar. Lama-lama nanti biasa la tu. Jangan ikutkan sangat perasan awak tu. Awak boleh."

"Tapi.. ermm, entahlah tak tahu nak cakap. Jiwa kacau je ni, rasa kosong."

"Apa kata Maghrib ni kita pergi surau. Saya dengar ada pengisian agama malam ni kat surau. Mana tau awak lebih tenang dan tenteram lepas tu."

"Jomlah. Gila juga asyik terperap dalam bilik ni je."

"Tau pun awak." kata Ain sambil tersenyum.

Malam itu aku ke surau bersama Ain, pengisian malam itu sangat-sangat menenangkan jiwa dan membuat hati aku lebih tenang. Kekacauan dan kekosongan jiwa terisi dengan ubat rohani.

Teringat antara isi pengisian tersebut, orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah S.W.T dan hidupnya sentiasa dinaungi para Malaikat.
Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas r.a juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:

" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

Selepas dari pengisian tersebut aku menanamkan tekad dalam hati untuk sering berkunjung ke majlis ilmu. Semangatku seperti ditiup kembali dan dicas dengan sentimen-sentimen positif. Niat aku untuk menukar jurusan sebelum ini juga mati begitu sahaja.

Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan yang berlaku. Malam itu aku merawat rohani dengan membaca al-Quran terjemahan yang baru aku beli dua hari yang lalu. Itulah al-Quran yang pertama aku beli dengan duit poket aku sendiri. Aku meneliti setiap terjemahan surah al-Baqarah.

Tibanya di ayat yang ke-216, Titisan-titisan jernih mengalir membasahi pipiku.

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(2 : 216)

Allahlah yang menciptakan kita dan Dialah yang mengetahui setiap keperluan hamba-Nya dan Dia jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Sedang kita?

Asyik merungut dengan kesusahan sedikit yang kita hadapi. Ayat ni menyedarkan aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Ramai lagi orang di luar sana yang berkeinginan untuk memasuki Universiti tetapi mengalami kekangan wang dan sebagainya.

Sedangkan aku?

Mengeluh saja padahal perjuangan baru bermula.

Peristiwa itulah yang menjadi "turning point" dalam hidupku dan sejak dari itu aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan mengunjungi majlis-majlis ilmu di kampus seperti ceramah, usrah dan halaqah.

Disitu jugalah aku dan rakan-rakan menemui kak Iffah yang merupakan naqibah dan menyertai kumpulan usrah yang dikendali olehnya. Hampir setiap minggu kami akan berusrah dan membincangkan sesuatu tajuk .

Banyak juga perubahan yang berlaku dalam diriku sikit demi sedikit dan aku sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan hidayah Allah yang sangat berharga ini. Aku lebih tenang sekarang.

Krinnnnggg...Krinnnggggg !!

Deringan telefon bimbit yang agak kuat mematikan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan nama "Ain " tertera di skrin telefonku. Aku menekan punat "answer".

"Assalamualaikum Firza, jom pergi makan. Kawan yang lain dah tunggu di kafe."

"Waalaikumsalam. Baik, lima minit lagi saya turun."

Aku mematikan telefon lalu bingkas bangun dari katil menuju ke tandas dan bersiap turun.
Malam itu setelah usai berusrah bersama kak Iffah, aku kembali ke bilik. Aku mengambil telefon bimbit yang sengaja aku tinggalkan. Di skrin telefon bimbitku terpamer satu pesanan ringkas:

"(Salam Tinta Kasih) Tahniah! Anda dipilih untuk menyertai team teater kami. Sila sahkan penyertaan dengan datang ke mesyuarat pada pukul sepuluh malam ini. Sekian . S/u"

Lebih kurang satu jam lagi mesyuarat tersebut akan bermula. Aku duduk di meja belajar dan membuat sedikit tugasan yang diberikan oleh pensyarah siang tadi. Beginilah rutin harian aku di dunia kampus. Sisa-sisa masa yang ada, aku gunakan untuk menyiapkan tugasan-tugasan dan mengulangkaji pelajaran.

Jam di meja belajarku lagi lima minit akan mengarah ke angka sepuluh. Lantas aku bangun dan bersiap-siap untuk turun ke bilik mesyuarat kolej.

Seminggu berlalu bergitu sahaja. Hampir seminggu aku dan rakan-rakan banyak menghabiskan masa dengan latihan teater. Setiap malam kami ada perjumpaan dan latihan. Hubungan kami dan ahli kumpulan teater tersebut saban hari menjadi semakin rapat.
Kebanyakan lelaki yang terlibat dalam teater tersebut berpewatakan agak lembut dan mereka lebih selesa bergaul dengan perempuan berbanding lelaki . Mungkin disebabkan itu, aku dan rakan-rakan jadi rapat dengan mereka berbanding dengan lelaki lain.

Sejak dari persembahan teater tersebut, kami sering mengulangkaji pelajaran, makan dan ke kelas bersama-sama. Kami sudah seperti sahabat yang sangat karib. Ke mana sahaja bersama-sama dan "outing" juga bersama-sama. Jika salah satu dari kami dikacau atau diganggu , kami semua akan pertahankan. Aku sangat sayang pada persahabatan ini, jika satu hari tidak bergurau senda dengan mereka terasa hari itu seperti tidak lengkap.

Di suatu petang, Zaid salah seorang dari mereka menelefon aku,

"Assalamualaikum, korang free tak petang ni? Jom kita lawan tenis. Hafith dengan Mirza pun ajak sekali ni."

"Waalaikumsalam. Boleh lah. Kitorang pun tengah borak-borak je ni. Bosan juga. Baik pukul berapa?"

"Lepas Asar terus tunggu kat gelanggang ye."

" Ok. Kalau group korang kalah kena belanja kitorang makan malam ni. Amacam?"

"Boleh! Tak ada hal lah."

Selepas saja waktu Asar , kami terus bersiap-siap dengan track bottom dan berkasut sukan terus bergegas ke gelanggang. Aku juga sudah tidak sabar hendak berentap dengan Zaid dan yang lain.

"Korang 'warm up' dulu tau, pastikan kita menang dengan mamat-mamat tu."

"Jangan risau Firza, mesti kita menang lagi kali ni. Diorang bukan pandai pun main tenis ni. Gaya je lebih." Zulfa menjawab dengan selamba.

"Pandai-pandai je awak Zulfa. Kita tengok je macam mana nanti." Jawab ku sambil tergelak kecil.

Perlawanan sengit berlaku antara kami berlapan dan kemenangan berpihak pada kumpulan aku , Zulfa, ain dan Lisya. Aku memandang sinis penuh makna pada kumpulan yang kalah dan bersuara

"Zaid !!! Malam nanti jangan buat-buat lupa pula." Sambil aku tersenyum sinis dan berlalu pulang bersama rakan-rakan yang lain.

Muka Zaid agak bengang kerana sudah tiga kali kalah dalam perlawanan tenis, tetapi dia tetap mengukir senyuman apabila aku menyindirnya .

Makan malam pada malam itu ditaja oleh Zaid dan rakan-rakannya. Kami bergelak gembira malam itu. Sambil sindir menyindir tentang perlawanan petang tadi. Riuh rendah kafe tersebut dengan suara kami berlapan.

Pelajar-pelajar lain yang sedang menikmati juadah makan malam di sekeliling meja kami juga kadang kala mencuri pandang kearah meja kami. Mungkin kami mengganggu ketenangan mereka untuk makan.

"Eh sekarang dah pukul 9.50 lah."Tiba-tiba Lisya bersuara sambil matanya memandang kearah jam tangan Casionya.

"Kenapa kalau dah pukul 9.50 Lisya?" Aku bertanya penuh hairan.

"Eh Firza, awak tak ingat ke? Kan malam ni kita ada usrah pukul sepuluh. Hah, lupa la tu."

"A'ah lah.Tu lah gelak sakan sampai terlupa. Jom lah kita pergi. Lagi 10 minit je. Zaid, kami gerak dulu ye. Ada hal"

Kami berempat bingkas bangun dan meninggalkan meja yang masih riuh rendah dengan suara "Zaid and the geng".

Malam itu, mata aku susah untuk dilelapkan. Fikiranku berlegar-legar memikirkan perbincangan kami semasa usrah tadi. Tajuknya "Batas Pergaulan".

"Kak Iffah, kalau lelaki tu lembut dan dia banyak berkawan dengan perempuan macam mana? Tak boleh ke kita berkawan rapat?" Aku bertanya dengan penuh tanda tanya.

"Walau dari perwatakan atau lahiriahnya ada sedikit "keperempuanan" tetapi batinnya tetap lelaki dik. Tetap bernafsu pada kaum wanita. Takkan lah nanti dia akan berkahwin dengan lelaki pula. Hukumnya tetap sama seperti lelaki ajnabi yang lain." Jelas kak Iffah ringkas tetapi aku dapat memahaminya.

Aku tidak boleh terus begini. Mungkin selepas ini aku dan rakan-rakan perlu jarakkan hubungan persahabatan dengan Zaid dan rakan-rakannya. Betul kata Kak Iffah, walau apa alasannya, mereka tetap lelaki. Mereka tetap ada perasaan terhadap wanita. Aku terasa malu dengan diri sendiri dan Allah S.W.T. Mungkin hubungan rapat kami berlapan boleh menimbulkan fitnah oleh orang sekeliling kami terutamanya rakan-rakan sekelas.

Esoknya aku berbincang dengan semua rakan-rakanku, Ain, Lisya dan Zulfa. Mereka pun berperasaan seperti aku juga. Serba salah menyelubungi diri kami berempat . Tiap-tiap minggu kami mengikuti usrah tetapi di luar kami tetap bergaul mesra dengan lelaki ajnabi.
Kami sangat menyesal atas apa yang berlaku. Rupa-rupanya banyak mulut yang sudah mengatakan perihal kami berlapan.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami yang baru melangkah mencari sinar iman ini Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk kepada kami Ya Allah. Amin."

Malam itu adalah kertas peperiksaan terakhir kami pada semester pertama ini. Alhamdulillah, Aku dapat menjawab dengan tenang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Dalam perjalanan keluar dari dewan, kami terserempak dengan Zaid dan rakan-rakan. Sudah kebiasaannya mereka akan menunggu aku dan rakan-rakan selepas habis kelas.

"Firza, kenapa laju sangat nak balik. Jom lah "open table" (pergi makan) malam ni. Dah habis exam kan."

"MAAF ZAID, AKU TAK BOLEH." Aku menjawab dengan nada perlahan dan aku rasa sudah cukup membuatkan Zaid faham.

Sedih meruntun hati aku dikala itu. Sudah satu semester kami sering bersama dan bergelak ketawa. Pelbagai masalah kami kongsi bersama. Segala kenangan bersama terimbas di layar minda ku tika itu, datang silih berganti. Tetapi aku perlu kuat dan tabah.

Sekarang, aku perlu relai semua ini untuk menjaga ikhtilat sesama mukmin. Aku dan rakan-rakan juga perlu sedar yang kami sudah ditarbiah. Sampai sahaja di bilik, aku menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Taubat.

Aku meminta ampun kepada Allah S.W.T atas segala kekhilafan diri selama ini. Aku memohon agar Allah memberi aku dan rakan-rakanku kekuatan untuk terus istiqamah menjaga diri dari lelaki yang bukan mahram kami. Moga Allah perkenankan doa kami. Amin.

Glosari

1) Lelaki Ajnabi=Lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya).

Selamat Tinggal Sayang.....

Bacaan Yasin berkumandang di telinganya, tangisan keluarga mertuanya jelas kedengaran. Air matanya mengalir mencurah-curah.

'Maafkan abang, sayang. Selamat tinggal.' Ujar dirinya. Jelas terasa kekesalan di dalam jiwa.
'Bodohnya aku!' bisik hati lelakinya tetapi malang nasi sudah menjadi bubur. Hanya tinggal kekesalan selama-lamanya.

'Kalaulah abang boleh ulang, kalaulah...'

====================================================
Faris menghisap rokok lalu menghembuskan asapnya keudara. Segar. Best. Lega. Macam-macam rasa yang ada.

'Abang? Abang buat apa tu?' tanya isterinya Raihan yang sedang sarat mengandungkan anak pertama mereka.

'Ha? Abang hisap rokok.' Jawabnya bersahaja.

'Abang, tadikan kat sekolah ayang ada datang pihak dari hospital. Mereka ada buat ceramah tentang bahayanya rokok. Abang nak tahu? dalam rokok ada..'
Belum sempat Raihan menghabiskan ayatnya suaminya sudah pun memulakan ayatnya.

'Abang tahu, dalam rokok ada tar dan nikotin yang boleh merosakkan pelbagai benda alah dalam badan abang ni. Biarlah abang nak hisap rokok ke apa, bukan ayang mati pun nanti.' Ujar Faris, walaupun lembut tetapi apa yang diujarnya betul-betul menyakitkan hati Raihan

'Abang kata ayang tak mati? kalau ayang tak mati pun bahaya untuk anak kita tau!' Raihan berkata sambil melelehkan air matanya.

'Aish.. abang sendiri boleh jamin yang ayang dan anak kita takkan apa-apa. Percayalah.' Bilang Faris sambil mengusap perut isterinya itu kemudian menghapuskan air mata yang berada dimata isterinya.

 ====================================
 2 bulan kemudian..

'Minta maaf tapi isteri encik keguguran. Dan kemungkinan besar isteri encik dah tak boleh mengandung.' Kata doktor selepas isterinya menerima rawatan.

Faris membawa isterinya kehospital setelah isterinya mengadu sakit perut. Baru tujuh bulan isterinya mengandung.

'Ha? Tapi kenapa doktor?' tanya Faris yang dalam keadaan terkejut.

'Hmm, kami sedang periksa apa yang menjadi masalahnya, jadi ia mungkin mengambil masa untuk dapat result. Saya harap encik dapat sabar. Terima kasih.' Kata doktor tersebut lalu meninggalkan Faris.
Faris masuk ke dalam bilik isterinya. Dia melihat isterinya itu sedang berbaring dan menangis. Mungkin sedih kerana mendengar berita yang
disampaikan sebentar tadi.
'Ayang..' Faris memanggil isterinya.

'Ayang janganlah nangis, tak ada anak pun tak mengapa, asalkan ayang selamat.' Faris memujuk isterinya.

'Uuhhuuuk.. uuhhhukk..' isterinya batuk dengan teruk, terdapat juga darah keluar dari mulut isterinya.
 ==================================
'Kami dapati isteri encik ada kanser dibahagian paru-parunya dan kanser itu telah menjejaskan kandungan isteri encik, itu yang membuatkan isteri encik keguguran.' Jelas doktor kepadanya.

'Jadi doktor, isteri saya boleh selamat tak doktor?'

'Minta maaf ya, tapi tahap kanser isteri encik sudah sampai ke final stage. Dah tak ada apa yang kami boleh lakukan. Minta maaf.'
Faris masuk kedalam bilik isterinya semula. Kesal terpancar dijiwanya lelakinya.
'Kanser? Sebab rokok ke?' tanya dirinya.
===================================

Jenazah isterinya ditatap, sekarang dia tidak punya apa. Tidak punya anak, tidak punya isteri, hanya ada rokok. Kau ambillah rokok itu teman hidup kau!
Kau biar rokok itu masak untuk kau! Kau suruh rokok itu cuci baju kau, belai kau dan bagai-bagai lagi. Sayang sangat kau pada rokok itu sampai isteri kau mati! Faris memarahi dirinya sendiri atas kesalahan dirinya selama ini.
Faris berjalan meninggalkan tanah perkuburan.

'Selamat tinggal sayang.' Bisik hatinya sambil menoleh kebelakang, 'dan selamat tinggal rokok!'
Katanya sambil membuang kotak rokok yang berada di poketnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Cegah sebelum terlambat, anda mampu mengubahnya!
Hindari bahaya rokok dan ingatlah nyawa insan-insan sekeliling kita.

Isnin, 12 Disember 2011

Relakslah kejap...

Lawak Bulan Puasa: Rumah Tingkat 60

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA

Kisah Seorang Isteri


Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami hentakan dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.


Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; ” Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba…”

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah ” Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang…”

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. “Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang …. ayang masih di sisi abang.
Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, …ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, “Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi.” Esakan si isteri bertambah kuat…

Si suami berkata lagi, “Abang rasa ayang ni bawak sial la …. BERAMBUS KAU SEKARANG!!


Salah Tafsir!!!

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..


“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….

Ahad, 11 Disember 2011

Cuti Datang Lagi!!!!!

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah,ana bersyukur sangat...cuti kembali membuka tirainya dan kami pelajar-pelajar sekolah pun bersembunyi di sebalik tirai tu...Seronok yang tak terkira..!! Namun di sebalik keseronokan itu terselit sedikit kesedihan kerana bagi ana, cuti bermakna ana akan keluar sebentar dari medan dakwah dan tarbiah...mungkin kerana di sekolah, ana lebih mampu untuk mentarbiah diri ana berbanding bila ana duduk di rumah...

Mana taknya,,facebook,tv,tido etc berlegar-legar di ruang otak ni...ujian yang cukup besar buat diri ana sbenarnya....at least kalau kat asrama adalah jugak kerja ana nak buat macam basuh baju ke, main dengan kawan ke, study ke tak pun ngaji...Kat rumah ni dah susah dah nak buat benda-banda tu semua.....

Banyak ujian,,,jangan main2...cuba korang ngaji dalam keadaan tv menayangkan skrinnya yang berwarna-warni di depan mata...fb terigau-igau nak dion9kan....tido...hmmpphh....tak payah cakaplah...katil melambai-lambai mintak kita tido...fuhh...CUBAAN....

Antara perkara yang memang susah ana nak buat kalau dah ada kat rumah:-

1) Baca buku a.k.a study
2) Mengaji a.k.a mengulang (susahlah jugak)
3) Ma'thurat (fuhh..)
4) Hizbul Bahr (zikir lepas isyak)
5) Qiamullail
6) Solat berjemaah (lagi2 perempuan)

Perkara2 di atas hanya mampu diistiqamahkan di asrama sahaja...ada jugak baiknya asrama ni...menambahkan sikit pahala kita...nak solat berjemaah..bukan dapat...lagi ditambah dengan kawasan rumah ana yang terlalu kecil untuk memuatkan ramai jemaah...so..hari ini ana nak kita semua renung-renungkan dan fikir-fikirkan bagaimana nak istiqamahkan amalan kita tak kira di asrama mahupun di rumah....(bagi yang tak duduk asrama...mari kita sama-sama fikirkan jugak..)tak dapat nak tambah,,istiqamah pun dah cukup...ana pun tengah fikir macam mana nak memudahkan perkara yang ana kata susah nak buat kat atas tu....

Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun amalan berkenaan dilakukan sedikit-sedikit.Renung-renungkanlah dan selamat beramal....