Khamis, 6 Januari 2011

Kawanku Jiwaku.....

Assalamualaikum....Kali ana ingin meluahkan perasaan ana yang sekian lama terbuku di dalam hati...Kadang2 ana rasa pelik jugak dengan diri ana sendiri tapi mungkin ini lumrah manusia...Tak siapa boleh menafikannya...

KAWAN BAIK A.K.A KAWAN RAPAT....

Ana yakin semua orang ada kawan baik, tapi kawan rapat???Hmmm...tak semua kot...termasuklah ana..Bukannya apa,ana ada pengalaman mempunyai kawan rapat tapi tak taw kenapa, sekejap je ana berkawan rapat dengan mereka....lepas tu..jadi kawan biasa jelah...bukannya apa, biasalah, sedangkan kertas lagi terkoyak, apatah lagi kawan rapat...hehe...

Apa yang ana nak kongsi adalah, tahun ni ana dah masuk form 4 dan semestinya ana nak yang terbaik untuk Al-Quran dan pelajaran ana. Dah kebetulan ana duduk kat asrama, mestilah kena ada kawan belajar, betul tak?? Takkan lah ana nak belajar sorang2 je...kadang2 kita perlukan orang lain jugak. Cuma masalah ana sekarang adalah ana  tak ada kawan belajar...
Masa form 3 dulu pun, belajar dengan kawan jarang2 sangat...sama ada dalam kelas, waktu prep tak pun dalam dorm....itu pun kadang2 je...sebab diorang semua ada geng belajar sendiri...

Sejak awal tahun 2011 ni ana dah mula fikirkan pasal benda ni...kadang2 malu jugak takde kawan belajar yang tetap tapi nak buat macam mana, inilah diri ana....suka menyendiri...ada seorang kawan ana cakap, susah jugak kalau kita sorang2....

Ana pernah ada kawan belajar a.k.a kawan rapat tapi sekejap je...lepas tu kitorang asyik bergaduh je...ada je yang tak kena...lepas tu, kitorang buat keputusan untuk melepaskan diri masing2...(maksudnya kawan biasa jelah)...lepas tu ana dah takde kawan belajar dah....fuhh..cian..hihi


Sekarang ana dah terfikir balik...macam mana ana nak belajar kalau sorang2?? Kawan ana tu suruh ana cari kawan belajar supaya tak susah sangat untuk ana nak bertanya atau pun ada masalah lain...tapi macam mana???
dh form 4 baru nak cari kawan belajar...payah tu...So untuk kawan2 ana, ana harap sangat tahun ni bolehlah kita belajar sama2....Tak payah ada geng2...boleh???hehe...bukannya apa..ana tak berapa minat bergeng2 ni...ana nak belajar dengan semua jadi bolehlah kita berjaya sama2...tapi bolehkah itu terjadi....entahlah.....Doa2kanlah ana dapat kawan belajar tahun ni....ana nak jugak jadi pandai....dapat mumtaz SMA, full A SPM dan semestinya 30 juzuk Al-Quran dalam ingatan.....aminnnn....

Selasa, 4 Januari 2011

Masa Berlalu...

Sungguh ana tak sedar..rupa-rupanya beberapa hari lagi ana akan balik semula ke sekolah..terasa sekejap je cuti ni...(walaupun dah sebulan sebenarnya)..tapi tak sabar jugak nak jumpa kawan2..agak2 masih macam dulu ke??haha...ntah2 yg kurus dh berisi...haha..tak dapat bayang...tapi apa2 pon lepas ni, kami akan kembali berjuang untuk agama,bangsa dan negara...ceh..yang paling penting,kelas tasmi' ana kena tasmi' 3 maqra'(8 MUKA)...bukan sikit tu...ana dah berjuang mati2an untuk hafal ni...kawan2 ana tak tawlah...


Sebenarnya terdetik di fikiran ana satu perkara...yakni...perempuan. Pernah kawan ana mengulas tentang aurat dan keperibadian perempuan. Tiba2 ana teringat, minggu lepas ana pergi bercuti bersama keluarga di Lumut. Di sana, ramai juga mat saleh yang ana jumpa. Bicara tentang mat saleh, faham2 jelah bagaimana mereka berpakaian...


Tak ada niat pun di hati ana untuk mengutuk mereka apatah lagi merendah2kan diri mereka, tapi ada satu peristiwa yang menyebabkan fikiran ana melayang seketika. Petang esoknya, ana pergi ke pantai menemani keluarga ana mandi-manda di sana. Kebetulan ada beberapa orang mat saleh yang turut ada di situ. Faham2 sajalah cara mereka berpakaian. Tiba2 pandangan ana terhenti pada seorang lelaki. Bukan kerana tergoda tapi ana terlihat satu perkara yang beliau lakukan. Kasihan ana melihat matanya...


"Nak tengok ke tak nak?' Macam tulah yang dapat ana baca pada fikirannya. Takde niat pun nak kutuk lelaki tersebut. Apa-apa pun ana faham, bukan niat di hatinya nak tengok mat saleh tu, tapi dia yang tunjuk, nak buat macam mana..


Bersangkut dengan satu entri yang kawan ana buat,iaitu berkaitan dengan aurat perempuan. Tiba-tiba ana rasa setuju sangat dengan apa yang beliau katakan. Nafsu lelaki hanyalah perempuan,jadi tak heranlah kalau kita selalu nampak lelaki meng'usha' perempuan. Dengan erti kata lain, tengok senyap2. Walau kita rasa hodoh macam mana pun diri kita ni, kita adalah perempuan..yakni nafsu lelaki.

Sering ana dengar bait-bait perkataan di mulut perempuan2 :

"Ish,gatalnya laki tu"
 ataupun 
"Tengok mamat tu, mengusha je keje die.."

Tapi pernah tak kita fikir,kenapa dia usha?Ada yang tak kena ke dengan aku? 
Senang cerita, lihat semula kepada diri kita..
Siapa kita?? 
Perempuan..(bagi kaum perempuanlah)
Tau pun..
Jadi kesimpulan yang ana  nak buat di sini ialah...sebenarnya bukan lelaki sahaja yang patut menjaga pandangan mereka, tapi perempuan juga haruslah menjaga penampilan supaya tidak dapatlah syaitan nak menghasut keduanya.Lebih elok andainya perempuan itu memakai baju kurung dan tudung yang betul2 menutup keseluruhan aurat..dan yang paling penting..tidak menampakkan tubuh badan dan jarang..

 Ana sebenarnya tak pamdai sangat nak tulis entri dengan bahasa puitis jadi ana tulis gitu2 jelah...Semoga apa yang ana tulis ni dapatlah dijadikan pedoman dan pengajaran oleh semua sama ada dari kaum adam apatah lagi kaum hawa.

Satu perkara yang ingin ana ulas.Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


Semoga apa yang ana tulis ni, boleh dijadikan iktibar dan pengajaran....Salamunalaik..


 

Kisah Hati...

Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih… . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke… tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja…
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya…
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
“Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…
Sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Mungkin takkan bersinar semula..
Hati yang suci, jika diberi kepada manusia nescaya akan dipunah-punahkannya.
Hati yg luka, jika diberi kepada Allah nescaya akan dipulihkan olehNya..