Jumaat, 16 Mac 2012

Pengkhabaran Baru....

Bismillah....dah 3 bulan rupanya ana tak update blog ni....berhabuk dah...fuh2....bersihkan sikit...tahun ni ana akan menghadapi saat paling mendebarkan dalam hidup pelajar Malaysia khususnya....SPM!!

Ramai orang kata SPM ni menakutkan,,susah,,mendebarkan,,menyeramkan dan macam2 lagilah...ana pun tak tau nak cakap apa....mungkin betul apa yang mereka katakan tu...mungkin hanya kata2 yang menakutkan kita semata-mata...semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk menilainya....

Alhamdulillah...tahun ni ana berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Qur'an setelah sekian lama diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan...berkat sokongan dan dorongan ibu,ayah,guru tasmi' saya, Ustazah Norlizah,tak dilupa guru-guru yang lain,kawan-kawan yang saya sayangi dan semestinya kuasa Allah Yang Maha Esa....pada tanggal 14 FEBRUARI 2012.....lebih kurang jam 8.20 pagi ana berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Qur'an...Alhamdulillah...syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah s.w.t...

Namun,,bermulanya tarikh 15 Februari,,ana dihujani soalan,,bagaimana nak memantapkan hafalan dalam masa yang sama fokus untuk SPM yang akan datang ni....satu ujian yang berat sebenarnya untuk diri ana....

Tapi,ana yakin Allah tidak akan menguji hamba-Nya andai dia tidak mampu dan tiada sesiapa yang boleh merubah diri ana melainkan diri ana sendiri....ana mesti pandai membahagikan masa ana dengan sebaiknya kalau ana inginkan yang terbaik untuk diri ana sama juga seperti pelajar-pelajar yang lain....

5 November 2012....Insya-Allah SPM bermula.....ana kena bersiap sedia daripada sekarang untuk menghadapi tarikh yang mendebarkan ini....doakanlah ana sentiasa berada di landasan yang benar juga mampu menyusun jadual ana dengan baik....supaya ana dapat melaksanakan tanggungjawab ana sebagai seorang pelajar mithali dan khalifah Allah yang menjaga kitab sucinya di muka bumi....

Ya Allah...bantulah hamba-Mu ini....bawalah hamba-Mu yang lemah ini untuk sentiasa berada di landasanMu yang benar....bantulah hambaMu menuntut ilmu sekaligus menjaga kitab suciMu dalam ingatan hamba yang lemah ini....amiinnn...Ya Rabbal Alamin.....