Selasa, 4 Januari 2011

Masa Berlalu...

Sungguh ana tak sedar..rupa-rupanya beberapa hari lagi ana akan balik semula ke sekolah..terasa sekejap je cuti ni...(walaupun dah sebulan sebenarnya)..tapi tak sabar jugak nak jumpa kawan2..agak2 masih macam dulu ke??haha...ntah2 yg kurus dh berisi...haha..tak dapat bayang...tapi apa2 pon lepas ni, kami akan kembali berjuang untuk agama,bangsa dan negara...ceh..yang paling penting,kelas tasmi' ana kena tasmi' 3 maqra'(8 MUKA)...bukan sikit tu...ana dah berjuang mati2an untuk hafal ni...kawan2 ana tak tawlah...


Sebenarnya terdetik di fikiran ana satu perkara...yakni...perempuan. Pernah kawan ana mengulas tentang aurat dan keperibadian perempuan. Tiba2 ana teringat, minggu lepas ana pergi bercuti bersama keluarga di Lumut. Di sana, ramai juga mat saleh yang ana jumpa. Bicara tentang mat saleh, faham2 jelah bagaimana mereka berpakaian...


Tak ada niat pun di hati ana untuk mengutuk mereka apatah lagi merendah2kan diri mereka, tapi ada satu peristiwa yang menyebabkan fikiran ana melayang seketika. Petang esoknya, ana pergi ke pantai menemani keluarga ana mandi-manda di sana. Kebetulan ada beberapa orang mat saleh yang turut ada di situ. Faham2 sajalah cara mereka berpakaian. Tiba2 pandangan ana terhenti pada seorang lelaki. Bukan kerana tergoda tapi ana terlihat satu perkara yang beliau lakukan. Kasihan ana melihat matanya...


"Nak tengok ke tak nak?' Macam tulah yang dapat ana baca pada fikirannya. Takde niat pun nak kutuk lelaki tersebut. Apa-apa pun ana faham, bukan niat di hatinya nak tengok mat saleh tu, tapi dia yang tunjuk, nak buat macam mana..


Bersangkut dengan satu entri yang kawan ana buat,iaitu berkaitan dengan aurat perempuan. Tiba-tiba ana rasa setuju sangat dengan apa yang beliau katakan. Nafsu lelaki hanyalah perempuan,jadi tak heranlah kalau kita selalu nampak lelaki meng'usha' perempuan. Dengan erti kata lain, tengok senyap2. Walau kita rasa hodoh macam mana pun diri kita ni, kita adalah perempuan..yakni nafsu lelaki.

Sering ana dengar bait-bait perkataan di mulut perempuan2 :

"Ish,gatalnya laki tu"
 ataupun 
"Tengok mamat tu, mengusha je keje die.."

Tapi pernah tak kita fikir,kenapa dia usha?Ada yang tak kena ke dengan aku? 
Senang cerita, lihat semula kepada diri kita..
Siapa kita?? 
Perempuan..(bagi kaum perempuanlah)
Tau pun..
Jadi kesimpulan yang ana  nak buat di sini ialah...sebenarnya bukan lelaki sahaja yang patut menjaga pandangan mereka, tapi perempuan juga haruslah menjaga penampilan supaya tidak dapatlah syaitan nak menghasut keduanya.Lebih elok andainya perempuan itu memakai baju kurung dan tudung yang betul2 menutup keseluruhan aurat..dan yang paling penting..tidak menampakkan tubuh badan dan jarang..

 Ana sebenarnya tak pamdai sangat nak tulis entri dengan bahasa puitis jadi ana tulis gitu2 jelah...Semoga apa yang ana tulis ni dapatlah dijadikan pedoman dan pengajaran oleh semua sama ada dari kaum adam apatah lagi kaum hawa.

Satu perkara yang ingin ana ulas.Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.


Semoga apa yang ana tulis ni, boleh dijadikan iktibar dan pengajaran....Salamunalaik..


 

2 ulasan:

  1. wanita adalah nafsu lelaki...jadi seorg wanita harusla menjaga kehormatannye daripada dilihat sang lelaki...semoga kita dapt menjaga diri kita dari semua fitnah2 duniawi....amin...

    BalasPadam
  2. entri yang sungguh mnarik...syabas.... juga bhse yang ringan dn mudah difahami...teruskan menulis...jgn putus asa....

    BalasPadam